
- Datang awal dan hadir di dalam kelas pada waktu yang ditetapkan.
- Berpakaian jubah kosong , tudung labuh dan purdah berwarna hitam (perempuan) Jubah kosong dan songkok putih ( lelaki )
- Diwajibkan berstokin hitam dan berkasut hitam.
- Tidak dibenarkan memakai atau membawa jam tangan berjenama, barang kemas perhiasan dan sebagainya.
- Tidak dibenarkan memakai inai.
- Memastikan kuku sentiasa pendek dan pakaian sentiasa dalam keadaan bersih.
- Tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi.
- Pelajar dilarang meminjam, memberi pinjam, memberi dan menerima hadiah daripada kawan.
- Memastikan tempat pengajian (kelas) sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.
- Duduk di tempat yang ditetapkan oleh guru yang mengajar.
- Memberi tumpuan sepanjang kelas dijalankan.
- Tidak melihat-lihat kekiri atau kekanan ketika berada di dalam kelas.
- Sentiasa menjaga adab dengan guru yang mengajar sama ada di dalam atau di luar kelas.
- Membiasakan diri memberi salam kepada sesiapa yang dijumpai terutama guru dan kawan-kawan.
- Memastikan diri sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas sepanjang kelas berjalan.
- Pastikan kelas dalam keadaan bersih dan kemas sebelum pulang.
- Pastikan tidak membazir dalam penggunaan api dan air.
- Pastikan api dan air ditutup sebelum pulang.
- Tidak merosakkan barang yang ada. Sekiranya berlaku kerosakan, sila laporkan kepada pihak pengurusan.
- Sentiasa menjaga harta benda pusat pengajian. Sekiranya berlaku kerosakan atas kecuaian, akan diminta ganti rugi dari pelaku.
- Tidak membuat bising sepanjang berada di dalam bangunan Pusat Pengajian.
- Sentiasa menjaga dan merendahkan pandangan ketika berjalan.
- Sentiasa menjaga dan memperbaiki tutur kata sesama pelajar dan guru.
- Tidak dibenarkan bercakap tentang hal-hal yang bukan berkaitan dengan pengajian.
- Sekiranya pelajar tidak hadir tanpa diberitahu atau maklumkan tanpa sebab yang kukuh, tindakan akan diambil.
- Dua (2) alasan cuti yang kukuh:-
i. Kematian saudara terdekat
ii. Sakit yang kuat - Segala peraturan di atas adalah untuk kebaikan kita bersama.Keperihatinan dan kefahaman ibu bapa mengenai tatatertib di atas kami ucapkan ribuan Terima kasih.

